
Google telah melancarkan handphone pertamanya nexus one dengan os open source android, dengan terlancarnya handphone pertama google menyebabkan gergasi pembuat handphone dunia tersentak dengan serangan google yang terbaru ini.Google kebelakangan ini sungguh agrasif menyediakan diri supaya dapat menguasai dunia mobile internet ini.
Trend terbaru ini memyebabkan nokia dengan os symbainnya panik dan sudah pun menjadikan symbian sebagai os open source.Nokia juga telah mengumumkan akan melancarkan smartphone mampu milik yang dianggarkan sekitar RM500, supaya lebih ramai pengguna dapat menggunakan smartphone dengan os symbian.
Serangan google bukan sahaja pada syarikat pembuat mobile phone sahaja. baru-baru ini google telah mengumumkan pelaburan mereka untuk menyediakan broadband terpantas kepada rakyat America, google juga telah mendapat kelulusan badan kerajaan untuk menjual tenaga kepada pemain industri.
Penguasaan iphone dengan Apps storenya. menjadikan syarikat seperti google dan nokia..berfikir sejenak untuk terjun dalam penjualan Apps ini, baru-baru ini Apple telah mengumumkan jumlah download lagu sahaja telah mencapai angka 1 billion download..Perkembangan ini memang sudah diketahui oleh google yang menguasi bidang engine pencari dunia.
Jika trend dunia begitu agrasif dengan mobile internet sudahkah kita di malaysia bersedia untuk mengikut trend dunia ini, dengan service provider malaysia yang terlebih sudu dari kuah ini. memang sukar kita mengikut rentak dunia.di malaysia service provider tidak habis mengaut keuntungan dengan menyedikan plan yang tak masuk akal dan sering sahaja membebankan pelanggan sedangkan purata rakyat malaysia berpendapatan sederhana rendah.
Bayangkan perkidmatan 3G di malaysia sahaja masih belum menyeluruh di malaysia cuma ada di bandar-bandar sahaja dan sub bandar, perkidmatan broadband yang bukan broadband.. walau apa pun yang digulakan rakyat malaysia tentang broadband sebenarnya pengguna internet malaysia telah muak dengan anda…? maka tepuk dada tanya iman..
RSS Feed
Twitter
Posted in
Tags: 

